2025-01-10 HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,10 Januari- PerdanaMenteri Jepun,Shigeru Ishiba diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putrahari inibersempena dengan lawatan rasmi duahari beliau ke Malaysia.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Ishibapada pukul 9.00 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Beliau turut diiringi oleh isterinya,Yoshiko Ishiba dan delegasi yang lain.
Ishiba kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja dipimpin Mejar Arifuddin Mohd Yusuf.
Turut hadir,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan serta anggota Jemaah Menteri.
Ishiba tiba di Malaysia untuk mengadakan lawatan rasminya selama dua hari sejak semalam.
Kedua-dua pemimpin dijangka mengadakan mesyuarat dua hala bagi meneliti semula kemajuan hubungan antara Malaysia dan Jepun,terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan,pembangunan sumber manusia dan kerjasama dalam bidang tenaga.
Kedua-dua Perdana Menteri juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,termasuk situasi di Asia Barat.
Sehingga Jun tahun lepas,sejumlah 2,821 projek pembuatan dengan pembabitan Jepun dilaksanakan di Malaysia,dengan jumlah pelaburan sebanyak RM105.2 bilion.
Semua projek itu menjana peluang pekerjaan untuk 344,996 orang,dan Jepun adalah pelabur luar negara keempat terbesar daripada segi projek pembuatan yang dilaksanakan.
Jepun kekal sebagai rakan perdagangan Malaysia keempat terbesar dengan jumlah perdagangan sebanyak RM156.75 bilion pada tahun 2023.
Perdagangan Malaysia-Jepun di antara bulan Januari dan November 2024 mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM140.62 bilion.
Hubungan diplomatik Malaysia dengan Jepun bertambah kukuh sejak penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
BERITA BERKAITAN:
PM Jepun adakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai esok
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur