2025-01-10 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR,10 Januari - Keputusan Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuat semula video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah wajar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar,berkata tindakan itu adalah tepat dengan mengambil kira semangat Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
"Selain kemajmukan masyarakat di negara ini,semua sedia maklum,institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada negara Malaysia.
"Usaha untuk memperkukuh serta memartabat syiar Islam adalah keutamaan kerajaan melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau,usaha pengukuhan Islam telah digerakkan secara bersepadu bersama semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan,pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri,agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
"Semua pihak diseru untuk mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara," katanya.
Semalam,Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Datuk Seri Tiong King Sing berkata elemen seni bina masjid akan dimasukkan dalam video promosi TMM 2026.
Susulan itu beliau meminta agensi berkaitan menghasilkan semula video promosi TMM 2026 mengikut zon dengan menampilkan keunikan di setiap negeri lebih terperinci.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur