2025-01-10 HaiPress

Foto BERNAMA
KOTA BHARU,10 Januari- Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) dijangka akan dibentang di Parlimen dalam tempoh terdekat.
Ketika ini,proses menggubal RUUPIN sudah di peringkat akhir sebelum perbincangan bersama Pejabat Peguam Negara,untuk dibawa ke Parlimen.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),Nik Nazmi Nik Ahmad,kementeriannya sudah membuka kertas konsultasi kepada pihak awam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan bagi mendapatkan maklum balas.
Sesi libat urus bersama kerajaan negeri juga sudah dibuat sepanjang proses memuktamadkan RUUPIN.
"Saya dalam proses untuk memuktamadkan kerana kita ambil serius perkara yang dibangkitkan. Kita pun ada sesi-sesi lain lagi,libat urus dengan NGOdan sebagainya.
Kita akan perhalusi. Mungkin ada yang perlu diperbaiki dalam RUUPIN itu,kita ambil kira pandangan pihak berkaitan," kata Nik Nazmi kepada pemberita,hari ini.
Beliau ditemui selepas Program Semarak Desa Kampung Angkat Madani NRES 2025 di Kampung Aril,Melor,di sini.
Mengulas lanjut,Nik Nazmi berkata antara isu yang disasarkan dalam RUUPIN ialah Sifar Bersih 2050,pengurangan pelepasan gas dan kenaikan paras air laut.
Turut diberi penekanan dalam RUUPIN adalah Pelan Adaptasi Kebangsaan.
Pada masa sama,NRES menjelaskan beliau sedang membangunkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) yang akan melengkapi pembangunan RUUPIN.
Dalam perkembangan lain,pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada 6 Jun dan dikuatkuasakan pada 7 Julai tahun lalu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur