2025-01-10 HaiPress

Perdana Menteri Jepun,Shigeru Ishiba,yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia/Foto PMO
PUTRAJAYA,10 Januari - Malaysia dan Jepun bakal memperkasa hubungan kerjasama strategik dengan meneroka pelbagai bidang tenaga baharu.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berkata inisiatif ini akan melibatkan PETROS dan PETRONAS dalam usaha membangunkan tenaga alternatif hidrogen.
"Inisiatif terkini oleh Sarawak yang melibatkan PETROS dan PETRONAS dalam tenaga alternatif hidrogen,dengan sokongan teknologi baharu Jepun,dijangka menjadi satu kejayaan.
"Premier Sarawak telah memberikan jaminan,dan dengan sokongan Perdana Menteri Shigeru Ishiba,kolaborasi ini akan direalisasikan. Kita berharap dapat mempermudah langkah ini menjelang Mei,sama ada di Tokyo atau Kuala Lumpur," katanyadalam sidang akhbar bersama Shigeru di sini sempena lawatan pertama Perdana Menteri Jepun itu ke Malaysia hari ini.
Jelasnya,bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam sektor tenaga,kedua-dua negara turut membincangkan pembentukan Grid Tenaga ASEAN yang akan menghubungkan Laos,Thailand,Malaysia,dan Singapura.
Perbincangan itu juga merangkumi sambungan kabel dasar laut dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura.
Beliau turut menyifatkan pertemuan ini sebagai satu inisiatif penting dalam meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun ke tahap perkongsian yang lebih komprehensif.
Terdahulu,Perdana Menteri Jepun,yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia,diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra.
Ini merupakan lawatan pertama Ishiba ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024. Beliau disambut Perdana Menteri sebaik tiba pukul 9 pagi tadi.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur