2025-01-10 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Januari- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ),yang diilhamkan oleh kejayaan zon Shenzhen dan Suzhou di China,mempunyai cabaran serta peluang unik dalam usaha menarik pelabur global.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata,JS-SEZ melibatkan dua negara berbeza,dengan undang-undang dan peraturan yang berbeza.
"Tapi setiap ekonomi yang terlibat,Johor,Malaysia dan Singapura mempunyai banyak elemen pelengkap yang boleh menawarkan cadangan nilai yang baik kepada pelabur di seluruh dunia,terutamanya ketika syarikat global sedang menguruskan risiko geopolitik dan timbul kegusaran mengenai gangguan kepada rantaian bekalan dan lokasi operasi kini menjadi keutamaan," katanya.
Sebelum itu,dalam sesi bual santai sempena Forum Ekonomi Malaysia 2025,JS-SEZ katanya,dijangka menyumbang tambahan AS$28 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan Malaysia menjelang 2030.
Ekonomi Johor ketika ini menyumbang kira-kira sembilan peratus kepada KDNK dan dijangka menjadi saingan Lembah Klang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur