2025-01-10 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,9 Januari- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) berikutan pengumuman minit Rizab Persekutuan (Fed) AS,kata seorang penganalisis.
Pada pukul 8.00 pagi,mata wang tempatan ialah pada 4.5000/5100 berbanding dolar US daripada 4.5000/5050 ketika ditutup semalam.
Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat kepada 108.994 mata,lebih tinggi sebanyak 0.42 peratus berbanding penutupan sebelumnya.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata minit yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa Fed AS telah memberi gambaran mengenai potensi perubahan dalam dasar perdagangan di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang akan datang.
Beliau berkata Fed AS sedang menilai bagaimana jangkaan peralihan dasar seperti perubahan kepada perjanjian perdagangan atau pengenaan tarif,mungkin menjejaskan ekonomi.
“Penilaian Fed AS seharusnya menjadi pertimbangan penting untuk pentadbiran Trump 2.0 (penggal kedua Trump menjadi Presiden AS) terutamanya jika ia merancang untuk melaksanakan tarif perdagangan yang lebih tinggi.
"Walaupun objektif Fed AS dan pentadbiran mungkin berbeza,tarif yang dinaikkan mungkin memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi," katanya kepada Bernama.
Oleh itu,Mohd Sedek menjangkakan Fed AS akan melaksanakan hanya akan melakukan penurunan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini dan menjangkakan ringgit akan kekal dalam tekanan dan didagangkan lemah berbanding dolar US dalam tempoh terdekat.
Sementara itu,Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dalam mesyuarat pada Disember tahun lepas menunjukkan bahawa ahli-ahlinya berkecuali dan cenderung untuk menaikkan kadar faedah.
"Nampaknya perjalanan penurunan kadar faedah tahun ini berkemungkinan akan berlakus secara beransur-ansur. Tuntutan pengangguran awal (IJC) datang lebih rendah daripada jangkaan kepada 201,000 minggu lepas berbanding anggaran konsensus 214,000.
Mohd Afzanizam berkata faktor-faktor ini nampaknya positif kepada dolar US,justeru ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar US dalam tempoh terdekat.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.5616/5739 daripada 5.6020/6083 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6413/6516 daripada 4.6431/6483 bagaimanapun ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.8452/8517 daripada 2.8449/8482 ketika ditutup pada Rabu.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9863/13.0260 daripada 12.9949/13.0168 sebelumnya dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2892/2968 daripada 3.2919/2958.
Ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 277.5/278.3 daripada 277.5/278.0 dan peso Filipina pada 7.70/7.73 daripada 7.70/7.72 ketika ditutup pada Rabu.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur