2025-01-10 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,9 Januari- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup lebih rendah pada Khamis,kata kata penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics,Sathia Varqa.
Beliau berkata,hal ini disebabkan berlaku penurunan besar dalam kontrak niaga hadapan minyak sawit olein di Dalian Commodity Exchange (DCE) dan kontrak minyak soya.
Menurut Sathia,penurunan ini tidak terkawal dan memberi tekanan ke atas niaga hadapan minyak sawit selain menghapuskan lebih RM120 setiap tan pada awal sesi dengan kontrak Mac yang paling aktif merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan sebelum mengurangkan beberapa penurunan.
Beliau berkata tumpuan utama adalah pada data Disember dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia,yang dijangka dikeluarkan petang esok.
"Peniaga menjadi cemas menjelang data industri dan pemeriksa kargo yang penting dijangka dikeluarkan esok,membawa kepada penjualan panik akibat kekurangan asas positif untuk mengehadkan penurunan dan merangsang pembelian yang berterusan," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,peniaga minyak sawit David Ng pula berkata harga MSM ditutup lebih rendah disebabkan oleh kelemahan di pasaran minyak soya Chicago dan harga minyak sawit olein DCE yang lebih rendah.
"Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 dan paras rintangan pada RM4,400 satu tan," kata Ng kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,kontrak Januari 2025 menurun sebanyak RM76 kepada RM4,635 setiap tan,kontrak Februari 2025 merosot RM45 kepada RM4,459 setiap tan dan kontrak Mac 2025 susut RM58 kepada RM4,296 setiap tan.
Sementara itu,kontrak April 2025 turun RM75 kepada RM4,187 setiap tan,kontrak Mei 2025 merosot RM89 kepada RM4,113 setiap tan dan kontrak Jun 2025 susut RM93 kepada RM4,075 setiap tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 106,194 lot berbanding 78,596 lot semalam manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 225,556 kontrak berbanding 227,006 kontrak.
Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan turun sebanyak RM50 kepada RM4,700 setiap tan.- BERNAMA
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur