2025-01-10 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,10 Januari- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Jumaat,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM18.45 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM28.28 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menawarkan tiga tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM2.8 bilion selama tujuh hari,tender RM 1.5 bilion bagi tempoh 31 hari serta tender RM1 bilion selama 90 hari.
BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam sebanyak RM100 juta selama tujuh hari dan tender repo berbalik semalaman berjumlah RM4 bilion selama tiga hari.
Selain itu,bank pusat berkenaan juga mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik,jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada jam 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.8 bilion dan RM28.4 bilion bagi tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur