2025-01-10 IDOPRESS

Gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR,10 Januari - Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif,kata penganalisis.
Pada jam 8.02 pagi ini,ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal meningkat dan mencecah 109 mata sejak tiga hari lepas ketika sentimen pasaran terus memberangsangkan terhadap dolar AS.
“DXY menyaksikan aliran peningkatan sejak September tahun lepas selepas Fed melaksanakan pengurangan kadar faedah yang dijangkakan pada 17-18 September lepas.
“Walaupun Fed berkemungkinan bertindak mengurangkan lagi kadar itu pada tahun ini,jumlah penurunan yang lebih kecil bermakna Fed sememangnya mahu mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang lebih tegas," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata ini akan mempengaruhi sentimen pasaran dalam masa terdekat,sekali gus menjadikan ringgit bergerak dalam julat RM4.50 susulan pandangan positif terhadap dolar AS.
Sementara itu Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan pula berpendapat prestasi dolar AS yang kukuh itu hanya bersifat sementara bagi Malaysia berikutan asas-asas makroekonomi negara yang kukuh.
"Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pembangunan infrastruktur yang ketara juga terus menyokong daya tahan ekonomi di Malaysia," katanya.
Selain itu,petunjuk lain seperti harga minyak mentah Brent yang telah meningkat daripada kira-kira US$74 setong pada akhir 2024 kepada hampir US$77 setong setakat semalam,juga berkemungkinan menyuntik sokongan lanjut untuk ringgit.
Sementara itu,ringgit dibuka kebanyakannya lebih mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.8463/8528 daripada 2.8466/8500 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6332/6435 daripada 4.6382/6434 semalam.
Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.5359/5482 daripada 5.5271/5332.
Dalam pada itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ini termasuk susut berbanding baht Thailand kepada 13.0208/0592 daripada 12.9937/13.0142 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2880/2956 daripada 3.2865/2906.
Ringgit juga hampir mendatar berbanding peso Filipina pada 7.69/7.71 dan mencatat prestasi sama berbanding rupiah Indonesia pada 277.4/278.2 daripada 277.4/277.9 sebelum ini. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur