2025-01-11 HaiPress

Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke,Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Chow/Foto PMO
GEORGE TOWN,11 Januari – Pembangunan di Pulau Pinang perlu selari dengan budaya dan identiti unik negeri itu meskipun di tengah-tengah pembangunan infrastruktur seperti pembinaan laluan LRT pertama dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menegaskan bahawa warisan budaya Pulau Pinang perlu dijaga bagi memastikan nilai-nilai yang menjadi identiti negeri itu terus kekal terpelihara.
“Penduduk Pulau Pinang sangat sentimental. Walaupun mereka mahukan pembangunan,pada masa yang sama,mereka mahu mengekalkan elemen lama. Saya rasa orang Pulau Pinang juga kena rumus dengan baik.
"Membawa perubahan,sedikit penyesuaian juga harus dilakukan,bagaimanapun kerana hal ini telah dibangkitkan oleh ramai,saya mintaKetua Menteri Chow Kon Yeow untuk berbincang bagaimana kita boleh membuat sedikit penyesuaian sekiranya perlu,” katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Stesen LRT Bandar Sri Pinang di sini hari ini.
Merujuk kepada cadangan pembinaan depot LRT di Tapak Pesta Sungai Nibong,beliau menyarankan agar perbincangan lanjut dilakukan bagi mempertimbangkan pandangan penduduk setempat.
Beliau turut mengakui bahawa ramai penduduk Pulau Pinang mempunyai hubungan sentimental terhadap Tapak Pesta tersebut,sama seperti perasaan mereka terhadap nasi kandar.
Dalam masa yang sama,beliau mengingatkan pemilik projek,MRT Corp,untuk memastikan pengurusan projek dilaksanakan secara bersih,telus,dan cekap tanpa sebarang ketirisan.
Projek LRT Laluan Mutiara sepanjang 29.5 kilometer akan merangkumi 21 stesen strategik,termasuk satu stesen sementara di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang (PSR-A).
Penjajaran bermula dari PSR-A dengan dua laluan utama ke Penang Sentral dan KOMTAR,beroperasi secara selari melalui penjadualan bergilir bagi perjalanan yang lebih lancar.
Dijangka siap pada 2031,projek ini akan meningkatkan kesalinghubungan antara KOMTAR dan Penang Sentral,memudahkan pergerakan penduduk di kedua-dua belah Selat Pulau Pinang.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur