2025-01-11 HaiPress

Foto Reuters
KUALA LUMPUR,11 Januari- Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh menyambut baik inisiatif Jepun untuk menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai depan.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyokong inisiatif berkenaan dan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat menteri juga amat bermakna terutama dalam memastikan masa depan Palestin sebagai negara merdeka.
"Kerjasama sedemikian meskipun prasyarat ialah gencatan senjata dan penamatan perang,namun memberi isyarat optimistik bahawa kebijakan dan kerjasama antara negara tetap waras terkait pembelaan rakyat,kebebasan,keamanan dan keadilan sejagat," menurut kenyataan itu.
Beliau yang juga Pengerusi Kaukus Parlimen Asia Tenggara untuk Pembebasan Palestin mahu inisiatif lebih tangkas wajar digerakkan untuk menyingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Ia susulan kekejaman genosid dan amalan aparteid ke atas rakyat Palestin,pelanggaran keputusan ICJ dan resolusi PBB,serangan ke atas kakitangan PBB dan pengharaman aktiviti UNRWA.
"Sejajar dengan itu,saya berharap ASEAN dengan Malaysia sebagai pengerusinya tahun ini,akan turut memainkan peranan lebih aktif sebagai jambatan penghubung antara Asia Tenggara,Asia dan Asia Barat demi keamanan,kestabilan serantau dan kebebasan ekonomi seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba.
"Kekebalan negara pengganas Israel wajib ditembusi kerana hingga waktu ini,pembunuhan dan serangan ke atas Gaza,Lubnan dan Yaman masih berlaku setiap hari," tambah kenyataan itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur