2025-01-11 HaiPress

Ketua Pengarah Imigresen,Datuk Zakaria Shaaban
PUTRAJAYA,11 Januari – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 3.0 (RTK 3.0) dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarah Imigresen,Datuk Zakaria Shaaban,menjelaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang keputusan dibuat berhubung pelaksanaan RTK 3.0.
“Pihak Jabatan menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menggunakan nama program RTK.
"Untuk rekod,program RTK 2.0 yang dilancarkan pada 27 Januari 2023 telah berakhir sepenuhnya pada 30 Jun 2024," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Sebarang maklumat tepat dan terkini berkaitan JIM hanya boleh diperoleh melalui portal rasmi dan akaun media sosial rasmi Jabatan.
“Sila rujuk saluran rasmi JIM untuk mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur