2025-01-11 HaiPress

Perdana Menteri berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Stesen LRT Bandar Sri Pinang
GEORGE TOWN,11 Januari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya bahawa tumpuan kepada pembangunan negara mampu mengangkat Malaysia sebagai negara hebat di rantau ini.
Beliau yakin bahawa penyelesaian isu seperti kemiskinan,ketegangan di Selatan Thailand,serta pembangunan infrastruktur akan membawa kesejahteraan bersama untuk rakyat dan negara.
“Kita mahu rakyat beri beri tumpuan kepada perkara besar seperti pembangunan,bukan kepada sentimen perkauman dan agama yang dimainkan pihak tertentu.
"Bukan soal video pelancongan yang tak nampak gambar masjid sudahjadi pertarungan hebat,(sebaliknya) berilahcadangan (untuk) kita baiki.
“Hal-hal ini dibawa untuk meretakkan hubungan kita dan memainkan sentimen kebencian antara satu sama lain,(sepatutnya) kitaboleh kita tumpu soal LRT (Transit Aliran Ringan),soal pembangunan Pulau Pinang.
“Jika kita kekal fokus dalam bidang ini,Malaysia akan mencipta sejarah dan menjadi contoh negara yang hebat di rantau ini,” katanyaketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Stesen LRT Bandar Sri Pinang,di sini pada Sabtu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut percaya bahawa kepimpinan negara,termasuk penjawat awam,perlu berfungsi bukan hanya sebagai pelaksana,tetapi sebagai pemikir yang membantu memacu perubahan untuk kebaikan bersama.
“Kepimpinan negara termasuk penjawat awam dan ketua jabatan perlu memberi tumpuan kepada pembaharuan dan perubahan yang membawa manfaat kepada rakyat,bukan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri,” tambahnya.
Beliau menyeru agar perpecahan kaum dan agama dihentikan untuk memberi tumpuan kepada transformasi tenaga,pembangunan digital,dan kecerdasan buatan (AI) demi masa depan.
"Siapa pun tidak akan makmur,dan negara ini akan terhambat sebagai negara mundur kerana perpecahan antara kaum,penghasut-penghasut dari segi agama dan wilayah yang akan merugikan kita," katanya.
Anwar menegaskan bahawa rakyat perlu memahami usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kepentingan dan manfaat bersama.
Antara inisiatif tersebut termasuk pembinaan LRT Laluan Mutiara,pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA),peningkatan pengangkutan awam di Lembah Klang,serta pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS–SEZ) di Johor.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur