2025-01-11 IDOPRESS

Anggota penguat kuasa KPDN menjalankan pemeriksaan ke premis perniagaan di Perak/Foto KPDN Perak
MANJUNG,11 Januari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sebanyak 1,224 kilogram (kg) tepung gandum,551 kg gula pasir kasar,dan 500 kg minyak masak peket bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah kedai dua tingkat,di Seri Manjung di sini,semalam.
Pengarah KPDN Perak,Datuk Kamalludin Ismail,serbuan sekitar pukul 10.12 pagi itu merupakan aduan awam mengenai aktiviti mencurigakan oleh pemilik premis yang menjadikan kedai itu sebagai stor penyimpanan barang kawalan tanpa lesen.
Kamalludin berkata,kesemua barang kawalan tersebut dianggarkan berjumlah RM4,703.27 .
"Pemantauan dan risikan awal mendapati premis adalah tempat penyimpanan barang sejuk beku.
"Pemilik premis juga gagal mengemukakan lesen CSA Borong atau Runcit barang kawalan gula,tepung gandum dan minyak masak untuk menjalankan aktiviti urusniaga barang kawalan bagi premis tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya,tindakan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan menyimpan barang kawalan atau membenarkan barang kawalan di stor yang tidak dilesenkan atau diluluskan oleh pengawal.
"KPDN memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang
berkenaan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah
ditetapkan.
"Bagi syarikat,sekiranya sabit kesalahan,boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000.00 manakala bagi kesalahan berikutnya,denda tidak melebihi RM5,000.00," katanya.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur