2025-01-11 IDOPRESS

Saifuddin Nasution Ismail (dua kanan) ketika meninjau pintu Gate QR MyBorderPass dan sistem Smart Q di KLIA pagi tadi /FACEBOOK Saifuddin Nasution Ismail
SEPANG,11 Januari- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap laporan yang mendakwa melibatkan anaknya dalam kes ugutan jenayah.
Beliau berkata semua rakyat Malaysia tanpa pengecualian adalah tertakluk kepada undang-undang negara ini.
"Anak saya tidak terkecuali (tidak kebal) undang-undang. Jika ada laporan terhadapnya,itu adalah tanggungjawab polis untuk menjalankan siasatan.
"Seperti dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) sebelum ini,kertas siasatan sudah disempurnakan dan diserahkan kepada Peguam Negara.
"Prinsip saya jelas,tiada siapa kebal daripada undang-undang termasuk anak saya. Jika terdapat asas yang kukuh untuk siasatan,biarkan proses (perundangan) mengambil tempat," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada sidang media selepas sesi tinjauan di pintu Gate QR MyBorderPass dan sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Saifuddin turut mengumumkan sebanyak 400,000 pengguna telah memuat turun aplikasi MyBorderPass sejak dilancarkan pada 1 Januari lalu dengan purata 10,000 pengguna setiap hari.
Inisiatif sistem kod respons pantas (QR) itu adalah penyelesaian kepada masalah kesesakan yang berlaku di pintu keluar dan masuk negara.
Saifuddin turut merasai pengalaman menggunakan sistem tersebut sebelum berlepas ke Abu Dhabi,Emiriah Arab Bersatu (UAE) pagi tadi bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja rasmi ke negara tersebut.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur