2025-01-11 IDOPRESS

Gambar fail Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang/Foto BERNAMA
GEORGE TOWN,11 Januari – Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) perlu disegerakan bagi memenuhi permintaan sektor pelancongan dan industri yang semakin meningkat,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau,projek pembesaran memainkan peranan penting dalam usaha menarik pelancong sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri ini.
“Saya ikuti perkembangan daripada Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,dan Ketua Menteri supaya projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang juga disegerakan kerana tarikan pelancong dan keperluan industri. Malah,terdapat cadangan FedEx untuk terlibat dalam projek di kawasan tersebut,
"Bila kita besarkan pelabuhan dan ia sudah penuh,keperluan pesawat juga semakin bertambah. Pelancongan dan industri berkembang,dan kini kita dapat lihat bagaimana industri dari pulau berkembang hingga ke seberang,termasuk Seberang Perai dan Batu Kawan,yang kini hampir penuh.
"Ini menunjukkan sambutan dan keyakinan bukan sahaja terhadap dasar kerajaan Persekutuan tetapi juga cara negeri dan pimpinan negeri mengurus negeri dengan cekap dan pantas,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap selepas merasmikan Majlis Pecah tanah projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang,di sini pada Sabtu.
Majlis perasmian yang berlangsung di Tapak Projek Bandar Sri Pinang pagi tadi turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Sebelum ini media melaporkan pembesaran lapangan terbang yang dijadualkan siap menjelang 2028 itu akan menampung 12 juta penumpang setahun.
Pada 27 Februari tahun lalu,Anthony mengumumkan kerajaan telah meluluskan projek pembesaran dan naik taraf PIA bernilai RM1 bilion,dengan MAHB bertindak sebagai penyelia projek itu.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur