2025-01-11 IDOPRESS

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
SUNGAI BULOH,11 Januari- Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj,hari ini berkenan merasmikan dua mercu tanda baharu di Bandar Elmina,iaitu Pusat Membeli-Belah Elmina dan Muzium Arca Luar Elmina.
Permaisuri Selangor,Tengku Permaisuri Norashikin turut mengingi baginda.
Ketibaan Baginda berdua disambutMenteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property Datuk Seri Azmir Merican.
Pada majlis berkenaan,Sultan Sharafuddin berkenan menyempurnakan lafaz perasmian seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik perasmian tersebut.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin turut meluangkan masa hampir tiga jam berkenan melawat muzium dan beberapa buah kedai di dalam pusat membeli-belah berkenaan.
Muzium berkenaan mempamerkan seni kontemporari tempatan dengan elemen ekspresi artistik,kemampanan,dan reka bentuk bandar yang inovatif.
Pusat Membeli-Belah Elmina pula kini beroperasi dengan kadar penghunian 99 peratus dan dijangka menjadi hab peruncitan utama untuk lebih 870,000 penduduk di kawasan sekitar.
Majlis berkenaan turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri termasuk Exco Pelaburan,Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han serta Exco Kemajuan Desa,Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur