2025-01-11 IDOPRESS

Pengawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran di Sarawak diiringi pegawai polis dan diwakili peguam bela
KUCHING,11 Januari - Pengawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran di Sarawak bersama seorang wanita direman dua hari lagi bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram,pecah amanah,dan salah guna kuasa.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Heng Yi Min bagi membolehkan kes tersebut dirujuk ke Kuala Lumpur esok.
Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Kuching sekitar pukul 9.00 pagi tadi diiringi anggota pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA),Bukit Aman,dan diwakili peguam bela,Datuk Shankar Ram Asnani.
Suspek lelaki yang merupakan pegawai pengurusan tertinggi syarikat penyiaran itu ditahan di pejabatnya petang semalam melalui Ops Ragada selepas polis menerima maklumat risikan kewangan berkaitan transaksi mencurigakan melibatkan beberapa akaun bank antara 2017 hingga September 2024.
Dalam operasi tersebut,polis turut merampas,membekukan,dan menyita pelbagai aset dengan anggaran nilai keseluruhan lebih RM17.4 juta.
Semalam,Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain,mengesahkan penahanan lima suspek iaitu empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 62 tahun di Pulau Pinang,Kuching,dan Kuala Lumpur.
Modus operandi suspek melibatkan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan mencurigakan,penipuan tender,serta penganugerahan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613),Seksyen 409,420,dan 403 Kanun Keseksaan,serta Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur