2025-01-11 IDOPRESS

Carilamat dilakukan di sekitar kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar
KUALA KEDAH,11 Januari- Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan di Kuala Kedah daripada melakukan aktiviti merawai di sekitar kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah,Komander Maritim Noor AzreyantiIshak berkata,setakat petang tadi tiada sebarang petunjuk atau maklumat diperoleh.
"Kehilangan ketiga-tiga nelayan berkenaan dikenali sebagai Asrulhisham Zainon 47 tahun,Mohd Aiman Asrulhisham dan Mohd Amin dimaklumkan kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi.
"MRSC menerima panggilan telefon daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda memaklumkan laporan kehilangan yang dibuat oleh adik kepada salah seorang nelayan terbabit," menurut kenyataan itu.
Susulan laporan yang diterima,MRSC Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (carilamat) dan menghantar bot PERKASA 1224 ke lokasi aduan untuk melakukan pencarian.
Carilamat turut melibatkan aset PDRM,Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur