2025-01-11 IDOPRESS

Foto FB Anwar Ibrahim
BUKIT MERTAJAM,11 Januari- Peruntukan lebih RM20 juta diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara,tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu,sebanyak RM19.84 juta adalah untuk 62 sekolah persendirian Cina di seluruh negara manakala RM1 juta bagi Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Pulau Pinang.
"Ia diberikan sebagai tanda penghargaanuntuk menyokong usaha mereka dalam meningkatkan mutu pendidikan.
"Kita menghargai kesetiaan mereka dalam menyesuaikan kurikulum dengan menghormati bahasa kebangsaan dan mengangkat martabat rakyat secara keseluruhan," kata Anwar dalam ucapan ketika melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di sini hari ini.
Ketika lawatannya,Anwar turut mengimbau nostalgia semasa beliau menjadi guru sandaran Bahasa Melayu di sekolah berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Turut hadir,Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek,Menteri Pengangkutan,Anthony Loke dan Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur