2025-01-11 IDOPRESS

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 Januari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan,disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management,Stephen Innes berkata walaupun terdapat jangkaan untuk hasil bon lebih tinggi dan dolar lebih kukuh di bawah bayang-bayang dasar Donald Trump,emas dijangka kekal sebagai aset yang dicari pada waktu ketidaktentuan dasar berterusan selain memastikan permintaan berterusan dalam landskap kewangan yang bergelora.
"Harga emas semerta melepasi paras tertentu baru-baru ini iaitu melebihi AS$2,675 setiap auns troy mencetuskan sentimen teknikal yang optimis selain menunjukkan peralihan ke julat dagangan baharu antara AS$2,660 dan AS$2,710.
"Pergerakan melebihi AS$2,700 setiap auns troy boleh merangsang permintaan lebih lanjut dan mendorong harga lebih tinggi.
"Prospek emas pada 2025 kekal positif,dipacu oleh permintaan yang kukuh daripada bank pusat dan ketidakpastian ekonomi berterusan selain terus menarik pelabur ke arah aset selamat tradisional ini," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Januari 2025 ditutup lebih tinggi kepada AS$2,692.70 setiap auns troy daripada US$2,667.80 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.
Sementara itu,kontrak Februari 2025 meningkat kepada AS$2,703.10 setiap auns troy daripada AS$2,678.90 setiap auns troy.
Kontrak Mac,April dan Jun 2025 kesemuanya ditutup lebih tinggi kepada AS$2,707.30 setiap auns troy daripada AS$2,687.30 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan berkembang kepada 83 lot daripada 41 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 56 kontrak daripada 44 kontrak.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 9 Januari,2025,harga emas fizikal berada pada AS$2,674.60 setiap auns troy. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur