2025-01-12 HaiPress

Foto BERNAMA
JOHOR,11 Januari- Seramai 3,153 orang daripada 945 keluarga terjejas akibat banjir di Johor setakat pukul 11.54 malam tadi.
Angka tersebut meningkat berbanding 3,143 orang yang direkodkan pada pukul 10.00 malam tadi.
Menurut InfoBencanaJKM,sebanyak 34 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lima daerah di negeri itu.
"Kota Tinggi mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 1,156 orang.
"Ini diikuti oleh Kluang (504 orang),Johor Bahru (571 orang),Kulai (539 orang),dan Pontian (383 orang)," menurut kenyataan tersebut.
Sementara itu,di Kedah,seramai 51 orang daripada 16 keluarga terjejas akibat banjir setakat pukul 10.00 malam tadi.
Kesemua penduduk terjejas adalah dari daerah Kuala Muda,dengan hanya satu PPS dibuka setakat ini.
Di Perak,seramai 30 orang daripada lapan keluarga terjejas akibat banjir setakat pukul 9.45 malam tadi.
Penduduk terjejas banjir melibatkan daerah Manjung,dengan satu PPS dibuka untuk menempatkan mereka.
Di Terengganu pula,seramai 15 orang daripada lima keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir setakat pukul 10.00 malam tadi.
Kejadian itu melibatkan daerah Kemaman,dengan satu PPS dibuka setakat ini.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur