2025-01-12 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Januari- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bermula secara rasmi hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan dengan lebih 130 pelatih sukarela dari seluruh negara melapor diri di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini.
Kesemua pelatih bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 itu berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan selama 45 hari hingga 25 Februari ini.
Pelaksanaan semula program itu yang dijalankan secara berperingkat bertujuan memupuk semangat patriotisme,perpaduan nasional dan jati diri dalam kalangan golongan muda di Malaysia,selain melengkapkan mereka dengan ketahanan menghadapi cabaran hidup menerusi pengalaman latihan fizikal dan mental.
Konsep PLKN 3.0 dibangunkan berteraskan Akta Latihan Khidmat Negara (Akta 628),Dasar Keselamatan Negara (DKN),Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan dasar-dasar berkaitan dengan gabungan dua komponen penting iaitu Komponen Utama Latihan Khidmat Negara dan Komponen Keberhasilan Latihan Khidmat Negara.
Selepas latihan percubaan,fasa PLKN 3.0 seterusnya akan dilaksanakan di 13 Kem Askar Wataniah,20 Universiti Awam,33 Politeknik,27 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang akan dijadikan tempat latihan asas PLKN di seluruh negara.
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal,kenegaraan,pembinaan karakter dan khidmat komuniti dengan 85,000 hingga 95,000 pelatih setahun melibatkan purata perbelanjaan RM600 juta setahun.
Program itu kemudiannya dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan namun diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 orang setahun sebelum dimansuhkan pada Ogos 2018.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur