2025-01-12 HaiPress

FOTO JIM JOHOR
JOHOR BAHRU,12 Januari- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menghantar pulang 224 tahanan warga asing ke negara asal mereka,sejak Isnin lalu hingga semalam,setelah mereka selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan imigresen.
Menerusi kenyataan JIM Johor,pengantaran pulang dijalakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2,serta Terminal Feri Stulang Laut,Johor Bahru.
Warga asing terlibat merupakan 128 warga Indonesia,38 warga Bangladesh,19 warga Pakistan,14 warga India,13 warga Vietnam,enam warga Nepal,lima warga Thailand dan seorang warga Kemboja.
Kesemua mereka telah diberikan dokumen perjalanan sementara untuk pulang ke negara asal oleh kedutaan negara masing-masing.
Mereka juga disenarai hitam dalam sistem JIM,dan tidak dibenarkan memasuki semula negara ini mengikut tempoh ditetapkan.
Kos tiket penerbangan,ditanggung sepenuhnya oleh wang simpanan mereka dan sumbangan daripada ahli keluarga.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur