2025-01-12 HaiPress

FOTO IPD KOTA TINGGI
KOTA TINGGI,12 Januari- Tiga lelaki berumur 48 hingga 72 tahun,ditemukan maut selepas kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus air deras di Ladang YPJP Sedili,Kota Tinggi,Johor,semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi,Penguasa Polis (Supt.) Yusof Othman berkata,ketika kejadian,kereta dinaiki rakan-rakan mangsa,sedang menarik kereta dinaiki mangsa,selepas ia tersangkut di dalam lumpur.
Semasa proses penarikan,kereta dinaiki mangsa telah termasuk ke dalam parit yang deras,sebelum tenggelam.
Rakan-rakan mangsa berusaha untuk cuba menyelamat dan berjaya mengeluarkan salah seorang mangsa,namun lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
Mayat dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan pihak berkuasa,masing-masing pada pukul 11.07 malam,dan 12.14 tengah malam tadi.
Mayat mangsa,Lee Fook Wan,Lee Choy Yeow dan Leong Kon Fatt,dibawa ke Hospital Kota Tinggi,untuk dibedah siasat,dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Seramai 42 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia,Jabatan Bomba dan Penyelamat,Jabatan Pertahanan Awam,Jabatan Kerja Raya dan Pengurusan Ladang YPJP,digerakkan ke lokasi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur