2025-01-12 HaiPress

FOTO FACEBOOK Gobind Singh Deo
IPOH,12 Januari- Kementerian Digital sedang giat berusaha mempercepat pelaksanaan projek MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua yang sehingga kini masih tertangguh.
Menterinya Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa terdapat kekangan dalam pelaksanaan kedua-dua inisiatif itu kerana ia melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.
Beliau berharap keputusan muktamad dapat dicapai dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dijadualkan pada 12 Februari depan.
"Pelbagai kementerian terlibat dalam hal ini dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah meminta kami memberi fokus sepenuhnya. Kami sedang melakukan apa yang termampu dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan Jelajah Malaysia Digital@Perak di Hotel Lost World di sini hari ini.
Sebelum ini,Perdana Menteri menyuarakan rasa kesal terhadap kelewatan pelaksanaan MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua.
Projek MyDigital ID dilaporkan mengalami kelewatan selama setahun,manakala pelaksanaan rangkaian 5G kedua masih tergendala akibat rundingan yang tidak mendapat maklum balas positif daripada Digital Nasional Berhad (DNB) dan syarikat telekomunikasi.
Sementara itu,Gobind berkata kementeriannya sedang giat mengumpul maklum balas daripada usahawan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara mengenai cabaran yang dihadapi untuk menerima guna pendigitalan dalam perniagaan.
Jelasnya,dapatan tersebut akan diperoleh melalui Jelajah Digital Malaysia yang berlangsung sepanjang suku pertama tahun ini.
"Ini adalah perkara yang amat penting dan perlu dimulakan segera. Tahun ini,kementerian akan memberi tumpuan kepada mengenal pasti masalah yang wujud,mencari penyelesaian dan bekerjasama dengan kerajaan negeri serta Persekutuan untuk memastikan semua pihak terlibat dalam transformasi digital," katanya.
Menurut Gobind,meskipun 97 peratus usahawan PMKS di seluruh negara telah dikenal pasti,masih ada yang kurang berminat terhadap penggunaan teknologi untuk memperkukuhkan perniagaan masing-masing.
Pada 18 November lalu,Gobind memaklumkan pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk merangka dasar baharu yang dapat membantu usahawan PMKS menerima guna pendigitalan.
Cadangan serta pandangan mengenai dasar tersebut telah dikemukakan kepada KUSKOP dan akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur