2025-01-12 HaiPress

Perasmian Kampung Angkat MADANI di Kampung Orang Asli (KOA) Kelinsing,Sepang oleh Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil/ Foto Facebook Fahmi Fadzil
SEPANG,12 Januari- Kira-kira 300 penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing,Sepang teruja apabila mendapat kemudahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) selepas kampung mereka terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama Kementerian Komunikasi.
Mereka yang ditemui berkata,dengan adanya NADI,ia dapat mendekatkan penduduk tersebut dengan teknologi dan mempelajari pelbagai ilmu untuk aktiviti keusahawanan dalam talian.
Selain penubuhan NADI,kampung itu juga turut menerima kemudahan balai budaya yang telah dibaik pulih serta kantin yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti kebudayaan.
"Ia merupakan satu titik tolak perubahan yang baik yang diterima oleh penduduk Kampung Kelinsing yang diberikan oleh Kerajaan MADANI dan juga Kementerian Komunikasi. Dengan adanya infrastruktur yang lengkap ia boleh mengubah pemikiran perjalanan kehidupan masyarakat orang asli",kata Tok Batin Kg Kelinsing,Jambu dan Bakok Rosmaini Baat.
"Dengan adanya kemudahan seperti dewan ini,pelbagai aktiviti dapat dilakukan seperti menyambut Hari Orang Asal,bersukan untuk belia,penduduk kampung. Dengan adanya kiosk pula,boleh berniaga kraftangan dan sebagainya,kita juga boleh menimba ilmu,generasi muda boleh belajar secara dalam talian dari A hingga Z",ujar penduduk Hidzar Mat.
"Sekarang kita dapat kemudahan dewan yang khas,balai budaya bagi program pelancongan. Dengan adanya kantin,ia mempermudahkan kita untuk menyediakan makanan. Selain itu,dengan NADI,kita boleh adakan program untuk kanak-kanak,pelajar sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia internet",kata Pengerusi JPKK Orang Asli Kg Kelinsing,Jambu dan Bakok,Manan anak Udang.
"Sebelum ini memang tiada NADI,kawasan ini memang susah. Lagi satu masalah di sini rangkaian internet terutamanya pada waktu yang padat,susah untuk akses internet. Dengan adanya NADI ia bagi membantu murid-murid sekolahorang asli di sini untuk menggunakan perkhidmatan ini. Selain itu,mungkin boleh diberikan kursus tertentu yang sesuai untuk penduduk bagi mempertingkatkan pendapatan dan kemahiran",ujar penduduk Ros Budi.
Semalam,Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI di Kampung Orang Asli Kelinsing berkata,kementeriannya membelanjakan sebanyak RM 4.3 juta bagi melaksanakan lima projek naik taraf keperluan asas penduduk seperti pembinaan semula balai budaya,kantin,tandas awam dan kiosk serta pembangunan NADI dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Beliau berharap kemudahan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Kampung Kelinsing,malah 15 lagi kampung orang asli di sekitar Sepang.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur