2025-01-12 HaiPress

Lima sekeluarga maut (foto kecil) dalam nahas jalan raya Jalan Pekan-Nenasi-Rompin malam tadi selamat dikebumikan hari ini/RTM
PEKAN,12 Januari- Lima sekeluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 65,Jalan Pekan-Nenasi-Rompin,Pekan,petang semalam,selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Nenasi Pantai,Pahang pada pukul 1.10 tengah hari tadi.
Mangsa,Hamzah Zahari,53,isterinya Rahimah Awang Muda,38,serta tiga anak mereka,Ainul Mardhiyah Hamzah,10,Muhammad Luqman Nur Hakim,8,dan Muhammad Lutfi,4,dikebumikan dalam satu liang lahad.
Terdahulu,jenazah dimandi dan dikapankan di Hospital Pekan selepas proses bedah siasat selesai sebelum dibawa ke Masjid Nenasi untuk solat jenazah.
Lima van khas Unit Khas Van Jenazah digunakan untuk membawa semua jenazah ke masjid tiba sekitar 5.30 pagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman turut hadir di Hospital Pekan.
Dalam nahas yang berlaku 7.00 petang semalam,kereta dinaiki keluarga terbabit bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki dua individu.
Siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan,masuk ke laluan bertentangan dan melanggar MPV yang sedang bergerak lurus.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur