2025-01-12 IDOPRESS

Foto FB Anwar Ibrahim
BUKIT MERTAJAM,11 Januari- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena Program Muhibbah MADANI.
Perdana Menteri dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam menganjurkan program berskala besar berkenaan dan memberi sumbangan kepada penerima terpilih daripada kumpulan B40 dan anak yatim di bawah Parlimen Permatang Pauh itu.
“Terima kasih kepada Yayasan Muhibah dan Yayasan Global Mesra kerana mengambil inisiatif,kerjasama dengan Bank Rakyat dengan kerjasama MBSP (Majlis Bandaraya Seberang Perai) dan kerajaan negeri untuk menyelaras dan memudahkan.
“Program ini program menyantuni rakyat,banyak inisiatif daripada badan sukarela. Sebab itu saya pilih untuk hadir berikan dukungan atas usaha yang baik ini,” katanya sebelum merasmikan program berkenaan,di sini,hari ini.
Barangan keperluan asas harian bernilai RM100 setiap satu itu disumbangkan oleh Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (Ko-Khawan) menerusi Yayasan Muhibah Malaysia manakala bantuan barangan persekolahan berupa beg,uniform sekolah serta alat tulis merupakan sumbangan Bank Rakyat.
Selain penyampaian bantuan,pihak penganjur turut menyediakan jamuan istimewa untuk lebih 6,000 tetamu sebagai tanda kasih dan solidariti kepada komuniti setempat.
Pengerusi Ko-Khawan Datuk Eng Yee Koon berkata kehadiran Perdana Menteri,Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di program itu menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyantuni golongan memerlukan.
"Sebagai penganjur,kami amat terharu dan berterima kasih dengan sokongan pemimpin peringkat nasional dan negeri untuk menjayakan program kali ini. la membuktikan pemimpin ini mempunyai matlamat sama dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat kurang bernasib baik," katanya.
Menurut Eng,Yayasan Muhibah Malaysia yang ditubuhkan tahun lepas adalah hasil inisiatif Ko-Khawan dengan misi utama untuk membantu golongan kurang bernasib baik termasuk anak yatim,ibu bapa tunggal dan pelajar daripada golongan B40.
"Fokus utama kami tahun lepas adalah menyediakan bantuan berkaitan pendidikan seperti uniform sekolah,komputer,yuran tuisyen dan program pembelajaran dalam talian kepada 1,000 pelajar seluruh negara.
“Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk mencapai kejayaan akademik walaupun berdepan cabaran hidup akibat kemiskinan," tambah beliau.
Eng berharap lebih ramai usahawan berjaya akan menyertai Ko-Khawan serta melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan B40 terutama menerusi kecemerlangan akademik.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur