2025-01-12 IDOPRESS

FOTO RTM
BESERI,12 Januari- Selepas setahun menerajui kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP),peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan terus menjadi keutamaan.
Menerusi JPKKP,lebih 650 keluarga disantuni sepanjang tahun 2024 menerusi program Ziarah Kasih melibatkan 122 kawasan JPKKP seluruh Padang Besar.
Bagi Ketua UMNO Bahagian Padang Besar,Ruzaini Rais,dengan sokongan padu daripada pemimpin peringkat komuniti,usaha menjejaki mereka yang memerlukan bantuan lebih mudah dengan kunjungan dari rumah ke rumah mereka yang memerlukan bantuan.
Tumpuan diberikan menerusi Ziarah Kasih terhadap pesakit terlantar,warga emas yang uzur,ahli keluarga terlibat kemalangan,bencana alam terutamanya ribut dan banjir serta pendidikan anak-anak asnaf serta permasalahan setempat khusus berkaitan kemudahan prasarana.
"Pihak JPKKP bermesyuarat dua bulan sekali untuk melihat atau memantau perkembangan di setiap rumah di dalam kawasan cawangan atau JPKKP tersebut.
"Jadi segalam maklumatakan dikumpul dalam mesyuarat tersebut,begitu juga dengan senarai nama mereka yang memerlukan bantuan.
"Oleh kerana itulah pihak kami,pihak pengurusan akan terus memantau berpandukan kepada data dan panduan yang telah diambil oleh pihak JPKKP," katanya.
Beliau memaklumkannya ketika menziarahi dua keluarga penduduk yang berdepan masalah kesihatan di sekitar Kampung Batu Hampar,Beseri.
Program Ziarah Kasih dilaksanakan secara berkala dan menjadi platform penting untuk beramah mesra bagi mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain selain mendapatkan maklumat terkini keadaan mereka yang memerlukan bantuan sama ada jangka pendek atau bantuan berkala
Bagi memastikan kebajikan mereka yang menerima bantuan terus terbela,pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berikutan ada sesetengah mereka yang diziarahi memerlukan bantuan berterusan untuk menjalani kehidupan seharian.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur