2025-01-12 IDOPRESS

Pakar Perunding Perubatan Keluarga Dr Naemah Syarifuddin
KUALA LUMPUR,12 Januari- Kaedah ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) boleh dilakukan di rumah sebelum dihantar ke makmal.
Pakar Perunding Perubatan Keluarga Dr Naemah Syarifuddin berkata,itu antara kaedah awal bagi mengesan penghidap kanser servik,selain mengambil sampel pangkal rahim di klinik.
"Maknanya sebelum kanser tersebut membesar sepenuhnya,ia mengambil masa 10 hingga 15 tahun. Jadi,jika anda dapat mengesan lebih awal,sama ada mengesan virus HPV atau prakanser lebih awal,anda boleh menjalani prosedur yang tidak terlalu intensif untuk membuang bahagian yang tidak normal itu",katanya.
Beliau berkata seramai 4,000 wanita setiap tahun dikesan menghidapi kanser serviks di Malaysia.
"Sebanyak 76 peratus adalah di peringkat kedua dan ke atas yang sebenarnya memerlukan rawatan yang lebih intensif,seperti pembedahan,radioterapi dan sebagainya.
"Jadi,kalau kita lihat,kanser serviks ini ada kaedah pencegahan dan juga saringan. Jadi,kalau kita tengok 76 peratus pada tahap yang tinggi itu sangat mengecewakan,kerana kita sebenarnya boleh elak daripada awal",katanya.
Kanser servik merupakan kanser yang lambat merebak dan mengambil masa sehingga 10 ke 15 tahun untuk membesar.
Dr Naemah berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri,Kota Media.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur