2025-01-12 IDOPRESS

Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis (tiga dari kanan) pada Majlis Perasmian Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat Daerah Padang Terap di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai,Padang Terap,Kedah
KUALA NERANG,12 Januari- Penyertaan pelajar dalam badan beruniform bukan hanya sebagai pelengkap kepada aktiviti kokurikulum di sekolah semata-mata.
Malah ia perlu menjadi wadah untuk membentuk disiplin,jati diri,akhlak dan sahsiah serta membentuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Government (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM),Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata setiap badan beruniform mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri.
Jelasnya,ia boleh menjadi platform untuk membentuk masyakarat yang berprinsip dan berdaya saing dalam segenap aspek bermula dari peringkat akar umbi.
"Penekanan kepada aspek rohani dan jasmani amat penting bagi mengelakkan golongan pelajar daripada terjebak dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka.
"Ini kerana mereka juga merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang dan ia perlu diberi perhatian serius," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform peringkat Daerah Padang Terap di Sekolah Kebangsaan Padang Sanai,Kedah.
Seramai 115 murid sekolah rendah menyertai perkhemahan tersebut.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur