2025-01-12 IDOPRESS

Ketua Pegawai Eksekutif Pepper Labs,Gevi Ananda Roe / RTM
KUALA LUMPUR,12 Januari- Inisiatif Dapur Digital bakal diperluas ke 20 lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara dan beberapa negeri lain tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pepper Labs,Gevi Ananda Roe berkata,peluasan program itu dapat melibatkan lebih ramai lagi komuniti wanita B40 dan meningkatkan pendapatan mereka.
Katanya,kejayaan program dapat dilihat melalui pendapatan kumulatif daripada lima lokasi perintis sejak 2023,mencecah 100 ribu ringgit.
"Kami tengah mengedar poster untuk melihat mana-mana komuniti yang memerlukandan komuniti-komonuti yang sedia untuk mengambil peluang dalam program ini," katanya.
Menerusi Dapur Digital,peserta menerima pelbagai latihan profesional selama enam bulan.
Antaranya,pengurusan kewangan,pemasaran digital serta pengendalian dan penyediaan makanan.
Turut disediakan,kelengkapan dapur untuk peserta.
Peserta menggunakan premis bersama di PPR masing-masinguntuk sediakan makanan,yang kemudian dipromosi di platform digital.
Melalui Belanjawan 2025,Pepper labs terima peruntukan RM5 juta untuk menggalakkan aktiviti ekonomi rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur