2025-01-12 IDOPRESS

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,Datuk Lokman Hakim Ali turun padang meninjau proses daftar diri PLKN 3.0 / RTM
KUALA LUMPUR,12 Januari- Seramai 147 orang mendaftar diri sebagai pelatih sukarela bagi siri satu tahun 2025 Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah,KEMENTAH hari ini.
Jumlah tetap yang berjaya mengikuti latihan PLKN 3.0 itu akan dikemas kini sebaik sahaja semua pelatih berjaya menjalani saringan pemeriksaan.
Pelatih PLKN 3.0 yang mendaftar hari ini adalah daripada kalangan pemohon yang ingin menyertai secara sukarela,berusia antar 18 sehingga 25 tahun.
Latihan PLKN 3.0 akan bermula esok sebaik sahaja selesai pendaftaran dan saringan hari ini.
Modul bagi Pelatih PLKN 3.0 kali ini merangkumi 70 peratus Modul Ketenteraan dan 30 peratus Modul Kenegaraan.
Turut hadir melawat hari pendaftaran PLKN 3.0 Siri 1 ini Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,Datuk Lokman Hakim Ali.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur