2025-01-13 HaiPress

11 anggota menyelamatkan 14 keluarga terperangkap banjir di Kota Marudu petang tadi/Foto Bomba
KUALA LUMPUR,12 Januari - Seramai 58 individu daripada 14 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan selepas banjir melanda kawasan Beliajung,Kota Marudu,petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 petang.
"Mereka terdiri daripada dua warga emas,17 lelaki dan 25 wanita dewasa,lima kanak-kanak lelaki serta sembilan kanak-kanak perempuan.
"Mereka yang terperangkap di dalam rumah berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat dan kini ditempatkan di PPS untuk perlindungan sementara.
Katanya,seramai 11 anggota bersama jentera lori,pacuan empat roda dan bot digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 18 kilometer dari balai bomba.
Pasukan bomba bertindak memindahkan penduduk terjejas menggunakan bot Nadma ke PPS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur