2025-01-13 HaiPress

Foto FB PM
KUALA LUMPUR,12 Januari- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan tokoh ekonomi dan pemikir terkemuka dunia,Profesor Jeffrey D. Sachs dari Columbia University.
Pertemuan itu membincangkan beberapa perkara terkait pembangunan mampan,tenaga hijau dan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Antara lain,Anwar dan Sachs turut membincangkan dasar luar yang lebih bebas untuk menarik minat para pelabur ke Malaysia.
“Moga pertemuan ini membawa pelbagai manfaat kepada negara,Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di media sosial X.
Pertemuan itu diadakan sebelum beliau berangkat ke luar negara (Emiriah Arab Bersatu) untuk tugasan rasmi.
Sachs merupakan profesor ekonomi terkemuka dunia,penulis buku terlaris,pendidik inovatif,dan pemimpin global dalam pembangunan mampan.
Beliau diiktiraf secara meluas kerana strateginya yang berani dan berkesan dalam menangani cabaran kompleks termasuk mengatasi kemiskinan tegar,perjuangan global melawan perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia,krisis hutang dan kewangan antarabangsa,pembaharuan ekonomi negara,serta kawalan penyakit pandemik dan epidemik.
Beliau juga merupakan Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB,Pengerusi Bersama Majlis Jurutera bagi Peralihan Tenaga,ahli akademik Akademi Sains Sosial Pontifikal di Vatican,Pesuruhjaya Suruhanjaya Jalur Lebar PBB bagi Pembangunan,Profesor Kehormat Tan Sri Jeffrey Cheah di Sunway University dan Penyokong SDG untuk Setiausaha Agung PBB António Guterres.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur