2025-01-13 HaiPress

FOTO FAIL
SEMPORNA,13 Januari - Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semporna-Tawau di sini semalam berpunca daripada kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata,kereta dipandu lelaki berumur 34 yang dinaiki enam orang berumur antara enam bulan hingga 82 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Pemandu kereta parah,lima penumpang maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Semporna.
Beliau berkata kesemua enam mangsa masing-masing tiga lelaki dan perempuan mempunyai pertalian keluarga.
"Kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 31 tahun manakala MPV dipandu lelaki berumur 29 tahun dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau manakala kereta dari arah Tawau menuju ke Semporna," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur