2025-01-13 HaiPress

Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh / Foto Facebook abraufyusohofficial
AYER KEROH,13 Januari-Kutipan hasil kerajaan negeri Melaka pada 2024 catat pencapaian tertinggi melebihi 100 peratus sasaran dengan jumlah RM489.79 juta.
Ketua Menteri,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,pencapaian itu membuktikan keberhasilan gerak kerja proaktif dan sistematik yang diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.
"Kita melebihi sasaran 100% yg meletakkan Melaka di kedudukan ketiga di antara semua negeri.
"Baki hutang kita telah dapat kurangkan daripada RM631.95 juta tahun 2023 kepada 625.49 juta tahun 2024",katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2025 bersama penjawat awam Melaka di MITC,di sini.
Hadir sama,bekas Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan,Kerajaan Tempatan,Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.
Sementara itu,Rauf menegaskan Inisiatif kemasukan percuma ke lokasi-lokasi pelancongan di Melaka seperti diumumkan sebelum ini akan diteruskan tahun ini.
Jelasnya,beberapa penambah baikan akan dilakukan untuk memastikan tidak berlaku kesesakan di lokasi pelancongan terlibat.
"Sepertimana tahun lepas,kita memberikan semua pelancong dan pengunjung datang ke Melaka ini untuk menikmati hari pelancongan yang diberikan secara percuma.
"Maka kita jemput semua pelancong bukan sahaja rakyat Melaka tapi di luar Melaka untuk datang ke Melaka pada hari cuti umum sempena dengan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 20 Februari depan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur