2025-01-13 HaiPress

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu (dua,kanan) melihat hasil tanaman cili besar pada lawatan kerja ke Projek Ladang Satelit Ehsan Tani di Sungai Kelambu,Banting / Foto Bernama
BANTING,13 Januari – Sebanyak 50,000 tan cili berjaya dituai melalui Projek Ladang Satelit Ehsan Tani yang mula beroperasi sejak Ogos tahun lalu di Sungai Kelambu,di sini.
Projek yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu dilaksanakan secara fertigasi di kawasan seluas 10 ekar.
Projek tersebut menempatkan 40,000 polibeg cili dengan penglibatan 20 peserta,menjadikannya antara inisiatif yang berpotensi dalam meningkatkan hasil pertanian negara.
Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata projek itu tidak hanya mampu memenuhi permintaan pasaran cili dalam negara tetapi juga menjadi contoh kepada projek pertanian lain yang berupaya meningkatkan taraf hidup serta ekonomi komuniti setempat.
"Disiplin sangat penting. Penanam sayur perlu menganggap ini sebagai kerjaya yang mampu menjana pendapatan.
"Dengan bimbingan pengarah projek dan pengurus besar yang sentiasa memberi tunjuk ajar,kita berharap kejayaan ini dapat diperluas ke tempat lain,bukan hanya untuk cili tetapi juga tanaman lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke Ladang Satelit Ehsan Tani di Sungai Kelambu,di sini.
Turut hadir,Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang,Datuk Mahfuz Omar.
Dalam lawatan tersebut,Mohamad turut memaklumkan bahawa perbincangan bersama pihak berkaitan telah diadakan bagi memastikan tidak berlaku lambakan cili,termasuk cili import,yang boleh menjejaskan harga cili tempatan di pasaran.
Beberapa peserta fasa pertama projek tersebut turut berkongsi rasa syukur atas peluang yang diberikan.
"Alhamdulillah,dengan bimbingan PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan),segala-galanya berjalan lancar. Pertanian ini nampak mudah,dan hasilnya setanding dengan apa yang orang lain dapat," kata Harith Hafizuddin Ismail.
"Saya bersyukur diberi peluang mencuba sesuatu yang baharu. Hasilnya sangat memuaskan,kami mampu mengeluarkan sehingga tiga tan,dan harga yang kami dapat sangat berbaloi," kata Faiz Fareez.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur