2025-01-13 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Januari-Kerajaan akan memfailkan permohonan sekatan bersuara untuk mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak termasuk media memperkatakan atau membincangkan mengenai dokumen tambahan atau Titah Adendum berkaitan penahanan bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan,mewakili kerajaan dan enam responden lain,menyatakan bahawa permohonan itu dibuat kerana sifat sensitif kes tersebut.
Mahkamah telah mengarahkan permohonan rasmi untuk pemantauan fail dibuat sebelum 27 Januari dan kerajaan mesti mengemukakan afidavit sebagai jawapan sebelum 10 Februari.
Hakim Hayatul Akmar Abdul Aziz turut menetapkan 11 Mac depan untuk pengurusan kes dalam talian (e-review).
Minggu lalu,Datuk Seri Najib mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan dokumen tambahan atau Titah Adendum yang didakwa dikeluarkan Januari tahun lalu.
Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim pada 6 Januari lalu.
Mahkamah sehubungan itu memerintahkan supaya kes semakan kehakiman berkenaan diremitkan (dikembalikan) ke Mahkamah Tinggi supaya merit semakan didengar dan diputuskan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur