2025-01-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Januari- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh,disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran tenaga kerja AS kekal berdaya tahan,dengan data senarai gaji bukan ladang yang terkini melebihi jangkaan.
Disember menyaksikan tambahan 256,000 pekerjaan,mengatasi anggaran konsensus sebanyak 160,000.
“Gabungan dasar yang tidak pasti di bawah Trump 2.0 dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan permintaan tinggi terhadap dolar AS.
“Hasil positif memberikan gambaran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS tidak akan kehilangan kawalan terhadap dasar monetari,menjadikan penurunan kadar faedah seterusnya semakin mencabar,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) kini berada pada paras tinggi pada 109.706 mata.
“Ini adalah paras tertinggi sejak September 2022,tempoh ketika Fed aktif menaikkan kadar faedah.
“Oleh itu,ringgit dijangka kekal rendah dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu,ringgit dibuka bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8557/8614 daripada 2.8461/8497 pada Jumaat lepas,bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.5040/5144 daripada 5.5296/5364. Ia turut naik berbanding euro kepada 4.6200/6288 daripada 4.6298/6355 sebelum ini.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9960/13.0461 daripada 12.9824/13.0043 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.2 daripada 277.5/278.0.
Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2881/2948 daripada 3.2843/2888 sebelum ini dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.70/7.71 pada Jumaat lepas. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur