2025-01-13 HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,13 Januari - Institusi tempatan terus menyokongBursa Malaysia untuk minggu ke-12 berturut-turut,menerusi belian bersih berjumlah RM281.9 juta.
Bagaimanapun,angka itu susut berbanding RM304 juta belian bersih dicatatkan minggu sebelumnya.
Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd,institusi tempatan melakukan belian bersih berterusan untuk tempoh 36 hari dagangan.
Menerusi Laporan Aliran Dana MIDF bagi minggu berakhir 10 Januari peruncit tempatan kembali menjadi pembeli bersih,menyumbang RM220.3 juta dalam aliran masuk bersih.
Sebaliknya,pelabur asing meneruskan momentum jualan,mencatatkan aliran keluar bersih RM502.2 juta. Aktiviti dagangan melonjak merentasi semua kategori.
Purata jumlah dagangan harian naik 30.8 peratus untuk pelabur asing,29.8 peratus untuk institusi tempatandan 19.8 peratusuntuk pelabur runcit.
Antara sektor yang merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah pembinaan dan amanah pelaburan hartanah.
Manakala utiliti,perkhidmatan kewangan serta pengangkutan dan logistik,sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur