2025-01-13 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar dalam rangka lawatan ke UAE selama tiga hari / Foto RTM
ABU DHABI,13 Januari-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi,Emiriah Arab Bersatu (UAE),untuk lawatan rasmi atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE,Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Pesawat khas yang membawa Datuk Seri Anwar itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed,Abu Dhabi pada jam 9.00 malam waktu tempatan,bersamaan 1.00 pagi waktu Malaysia.
Setiba di Abu Dhabi,Perdana Menteri disambut Menteri Negara UAE,Ahmed bin Ali Al Sayegh.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tiba lebih awal dan Duta Besar Malaysia ke UAE,Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.
Datuk Seri Anwar turut diiringi Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz; dan Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Zambry Abd Kadir,dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia yang lain.
Kali terakhir beliau mengadakan lawatan ke UAE adalah pada Oktober 2023.
Lawatan 36 jam itu telah menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui,aeroangkasa dan logistik.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur