2025-01-13 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KLUANG,12 Januari- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.
Timbalan Menterinya,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan penduduk adalah perlu bagi memastikan projek yang dirancang dapat dilaksana dan dimanfaatkan sepenuhnya.
"Untuk tujuan tersebut sebenarnya PETRA sedang turun ke negeri-negeri melalui Skuad PETRA untuk menilai keadaan terkini.
Ini termasuk dari segi projek ataupun program yang telah dilaksanakan termasuk untuk kedua-dua sektor dari segi tenaga boleh baharu (REE) serta juga untuk air," kata Akmal Nasrullah kepada pemberita,hari ini.
Lima projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu Projek Menaik Taraf Empangan Bekok,Projek Menaik Taraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal untuk Kawalan Banjir Negeri Johor,Projek Penambakan Pemecah Ombak di Pengkalan Seri Menanti Laut di Muar,Projek Menaik Taraf Sistem Saliran Mesra Alam Sungai Suloh di Batu Pahat serta Projek Pembinaan U-shape Konkrit dari Sungai Batu Pahat ke Pekan Semerah.
Satu lagi projek iaitu Projek Penyaluran Air Mentah Layang 2 di bawah Jabatan Bekalan Air (JBA).
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA sentiasa komited dalam pelaksanaan projek diluluskan untuk negeri Johor menerusi penubuhan Jawatankuasa Khas Task Force Isu Bekalan Air dan Tebatan Banjir di Johor.
Secara keseluruhan,Akmal Nasrullah berkata bawah Rolling Plan Kelima (RP-5) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12),sejumlah 29 projek dengan kos keseluruhan RM5.64 bilion serta peruntukan bagi tahun ini sebanyak RM224.8 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui PETRA bagi Johor.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur