2025-01-13 IDOPRESS

Foto Media Sosial
SUNGAI PETANI,13 Januari - Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila motosikal yang dipakir di hadapan sebuah pasaraya di stesen minyak Jalan Cindai Jaya Sungai Petani Kedah dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan AzharuddinWan Ismailmenerusi kenyataan berkata,dalam kejadian itu pemandu kereta terbabit seorang wanita warga emas dipercayai tertekan pedal minyak selepas selesai mengisi petrol.
"Apabila memulakan perjalanan,pemandu berusia 83 tahun itu tidak sengaja telah tertekan pedal minyak lalu. Akibat rempuhan itu kedua-dua kenderaan terbabit terus menuju kehadapan dan memecahkan dinding pasaraya berkenaan," menurut Wan Azharuddin.
Kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian kemalangan itu turut tular di Facebook. Kes disiasat bawah Peraturan10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959(10 LN 166/59).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur