2025-01-13 IDOPRESS

Foto Maritim Malaysia
ALOR SETAR,13 Januari - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga nelayan yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu diteruskan semula pukul 7.30 pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Romli Mustafa berkata,operasi SAR hari ini melibatkan aset bot Maritim Malaysia,pasukan marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Keluasan sektor pencarian sejauh 371.28 batu nautika persegi," menurut Romli menerusi satu kenyataan.
Media melaporkan tiga nelayan termasuk dua beranak dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke pangkalan daripada melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat rawai.
Ketiga-tiga mereka ialah Asrulhisham Zainon,47 tahun dan anaknya,Mohd Aiman Asrulhisham,17 tahun serta rakan mereka dikenali sebagai Mohd Al Amin Sufian 29 tahun dipercayai keluar menangkap ikan di sekitar kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur