2025-01-13 IDOPRESS

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,13 Januari – Seramai 8,909 pelajar ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu dan Empat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi kemasukan tahun 2025.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA),Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata jumlah tersebut dipilih daripada 93,635 pemohon yang berdaftar.
“Sebanyak 7,229 pelajar ditawarkan ke Tingkatan Satu,manakala 1,680 pelajar ke Tingkatan Empat. Tempat yang tersedia hanya 8,909 bagi kesemua 57 MRSM di seluruh Malaysia,termasuk MRSM baharu di Ranau,Sabah dan Bintulu,Sarawak.
“Semakan tawaran dibuka mulai hari ini,13 Januari 2025,bermula pukul 12 tengah hari melalui portal dalam talian. Pemakluman turut dihantar melalui SMS dan e-mel kepada ibu bapa atau penjaga yang berdaftar. Pemohon yang berjaya diminta membuat pengesahan tawaran dalam tempoh tujuh hari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis MARA Integrated Accounting Conference (MiCA) di ibu negara.
Tambah Asyraf,semua pelajar yang dipilih telah memenuhi kelayakan minimum termasuk lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) serta memenuhi syarat lain yang ditetapkan.
Semakan tawaran boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi yang telah diumumkan,dan pengesahan tawaran perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur