2025-01-13 IDOPRESS

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mengkaji untuk menaikkan harga siling belian padi tempatan yang kini ditetapkan pada RM1,300 per tan / Foto Hiasan / Bernama
BANTING,13 Januari – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mengkaji untuk menaikkan harga siling belian padi tempatan yang kini ditetapkan pada RM1,300 per tan.
Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata terdapat laporan bahawa beberapa pengilang padi membeli padi tempatan daripada pesawah sehingga mencecah RM1,800 per tan.
"Itu sedang dikaji oleh semua pihak. Memang sekarang ini minimum RM1,300,tetapi kalau di Kedah pembeli beli sampai RM1,800. Masalahnya,apabila harga belian terlalu tinggi,bagaimana untuk menjual beras pada harga yang lebih rendah? Sebab itu kerajaan sedang meneliti perkara ini dari semasa ke semasa untuk menetapkan harga lantai," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan kerja ke projek penanaman cili merah di Ladang Satelit Ehsan Tani,Sungai Kelambu,di sini.
Turut hadir,Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang,Datuk Mahfuz Omar.
Dalam perkembangan lain,Mohamad turut memaklumkan tentang kemerosotan bekalan beras putih tempatan di pasaran,yang antara puncanya disebabkan oleh banjir besar yang melanda Kelantan dan Terengganu hujung tahun lalu.
Banjir tersebut telah menjejaskan hampir 20,000 hektar tanaman padi.
Bagi mengatasi masalah itu,kerajaan merancang program penanaman padi dengan tuaian lima musim dalam tempoh dua tahun.
Program itu dijangka mampu meningkatkan bekalan beras putih tempatan secara signifikan.
"Kita cuba melaksanakan program lima musim untuk dua tahun. Perdana Menteri akan melancarkannya pada awal tahun ini,sama ada Januari atau Februari,di Kedah. Program ini adalah langkah untuk menambah hasil padi," jelas beliau.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur