2025-01-13 IDOPRESS

FOTO HIASAN
PATTANI,13 Januari- Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani,Wilayah Pattani,Selatan Thailand,pada pagi Isnin.
Insiden itu berlaku pada kira-kira 8 pagi selepas majlis perbarisan anggota polis di balai berkenaan,kata Ketua Polis Mueang Pattani,Kol. Pol. Jeffery Sulaiman.
“Siasatan awal mendapati bom tersebut dipercayai dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran balai polis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.
Jeffery berkata lelaki warga Malaysia yang berumur 20 tahun dari Kuala Lumpur itu mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca cermin yang pecah susulan letupan itu.
Mangsa warga Malaysia itu ketika kejadian berada di dalam kereta sementara menunggu isterinya yang sedang membuat laporan kehilangan dokumen perjalanan di dalam balai polis berkenaan,katanya.
"Jarak kereta mangsa dari lokasi letupan hanya sekitar 10 meter,menyebabkan cermin kenderaan itu pecah akibat impak letupan," kata Jeffery.
Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pattani untuk menerima rawatan,katanya.
"Pihak polis sedang giat menjalankan siasatan bagi menjejaki dalang kejadian," katanya.-BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur