2025-01-14 HaiPress

Foto hiasan
KUANTAN,14 Januari- Seorang pesara kerugian RM145,388 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Pahang,Datuk Seri Yahaya Othman dalam satu kenyataan memaklumkan,penipuan itu bermula apabila lelaki warga emas berusia 63 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menawarkannya kerja sambilan secara dalam talian pada 5 Disember tahun lalu.
Suspek turut menerangkan pekerjaan tersebut melibatkan promosi barangan elektrik dalam talian.
Mangsa dijanjikan komisen sebanyak 25 peratus sekiranya mendaftar sebagai ahli syarikat dan bagi setiap barangan elektrik yang dipromosikan,akan dibayar komisen antara dua hingga lapan peratus.
Mangsa tertarik dengan tawaran itu dan mula membuat tugasan pertama pada hari berikutnya sebelum melakukan transaksi bayaran RM4,018 ke akaun diberikan suspek.
Mangsa kemudian berhasrat untuk menarik diri selepas tidak lagi berminat dengan tugasan tersebut serta meminta semua keuntungan yang dijanjikan.
Bagaimanapun suspek meminta mangsa membuat sejumlah bayaran lagi sebelum dibenarkan menarik diri dan menerima wang keuntungan.
Mangsa kemudian diperdaya hingga melakukan 14 transaksi bayaran ke 12 akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya dengan jumlah keseluruhan mencecah RM145,388 sebelum menyedari ditipu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam,dan Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur